Kini Mahathir Pula Kata Najib Penipu

share on:

Kini Mahathir Pula Kata Najib Penipu

Oleh: Nabihah Azman

Tun Mahathir semalam telah turun padang ke Felda Bukit Tangga bagi Siri Jelajah Selamatkan Felda di Bukit Kayu Hitam.

Menurutnya, peneroka FELDA telah ditipu oleh Najib dengan menyatakan sebelum ini Najib telah menjanjikan keuntungan besar kepada peneroka setelah menggadaikan ladang FELDA untuk tujuan pelaburan.

Tindakan menyenarai Felda Global Ventures (FGV) ke Bursa Malaysia yang kononnya dijamin keuntungan kini membawa padah. Susulan daripada itu, peneroka pada asalnya tiada hutang maka kini telah menanggung sejumlah hutang yang besar.

“Saya mengaku saya salah kerana saya pilih dia (sebagai Perdana Menteri) tetapi tiada orang yang datang kepada saya untuk mengatakan dua tiga tahun lagi dia akan curi duit,” ujarnya.

Tags:

Leave a Response