Hanipa Selar YB Bercakap di Dewan Seperti Berkuliah di Surau

share on:

Hanipa Selar YB Bercakap di Dewan Seperti Berkuliah di Surau

Oleh: Sofia Alwani Ali

Ekoran pengumuman calon Pokok Sena oleh PAS Kedah semalam, Hanipa Maidin memuat naik status ucapan selamat berjaya dan tahniah kepada calon-calon yang bakal bertanding nanti.

“Pertamanya, saya ucapkan jutaan tahniah kepada legenda bolasepak Kedah itu kerana dicalonkan oleh parti suci.”

Dalam tulisan tersebut, Hanipa Maidin turut berkongsi pelbagai gaya bahas Ahli Parlimen sepanjang pengalaman beliau di Parlimen.

“Ada ahli Parlimen yang saya perhati bukan sahaja kurang bercakap di dewan.

“Speaker pun macam tak kenal setengah Yb Parlimen itu.

“Ada MP pula yang nak faham Standing Orders pun nampak macam derita sangat.

“Ada pula yang bila bercakap macam bagi kuliah kat surau.

“Ada juga yang macam tak nampak beza sidang Parlimen dengan meeting JKKK,” katanya.

Leave a Response