Gelombang Sertai PAS: Terbaru Bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno

share on:

Gelombang Sertai PAS: Terbaru Bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno

Oleh: Faris Mahfuz

YB Dato’ Kamilia binti Ibrahim, bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia secara rasmi telah menjadi Ahli PAS seumur hidup apabila permohanannya diluluskan oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 15 April 2018.

“Jawatankuasa telah menerima dan meluluskan keahlian PAS kepada Kamilia sebagai ahli sekaligus ahli seumur hidup,” ujar Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS.

Dalam mesyuarat tersebut, Jawatankuasa telah memuktamadkan 95% calon-calon yang akan mewakili PAS dalam PRU 14 bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kamilia pada PRU 13 lalu telah mengejutkan ramai pihak dalam UMNO apabila mengambil tindakan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Tindakannya itu menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada UMNO.

Keputusan PRU 13, Kamilia hanya memperoleh 447 undi manakala calon BN Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad, memperoleh 14,218 undi dan calon PAS Khalil Idham pula meraih 13,136 undi.

Leave a Response