Dataran Tok Pa undang Pelbagai Reaksi

share on:

Dataran Tok Pa undang Pelbagai Reaksi

Oleh: Salman

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah merasmikan Dataran Tok Pa atau juga dikenali sebagai Medan Ilmu di Kota Bharu semalam.

Perasmian itu mengundang pelbagai reaksi rakyat dan pimpinan kerajaan negeri.

“Rumah kita nama orang. Orang datang letak nama dia,” kata beliau.

Manakala menurut Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Abdul Fattah Mahmood turut kesal dengan apa yang berlaku.

Beliau menyatakan bahawa peletakan nama jalan atau dataran di tempat awam perlu memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu.

“Mana-mana pihak yang mahu menamakan jalan atau dataran perlu terlebih dahulu membuat permohonan kepada PBT.

“Jadi apa yang berlaku semalam (Sabtu) jelas melanggar peraturan PBT apabila tiba-tiba dilekat nama Dataran Tok Pa pada tugu yang dibina,” ujar beliau.

Leave a Response