PPBM Rayu Selamatkan Parti Mereka

share on:

PPBM Rayu Selamatkan Parti Mereka

Oleh : Amirul Hidayat

Muhyiddin Yasin di dalam satu sesi soal jawab bersama wartawan menyatakan bahawa Pakatan Harapan bakal menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Namun begitu, beliau mengakui bahawa keadaan PPBM masih lagi kabur di kancah politik Malaysia sejurus sahaja parti itu dibubarkan oleh pihak berwajib.

Tambahnya, pihak PPBM sedang berusaha keras untuk memulihkan kembali status PPBM dalam menyertai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) awal Mei nanti.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu turut menegaskan bahawa PPBM telah menghantar kepada pihak mahkamah untuk mengadakan kembali semakan kehakiman kali kedua setelah permintaan pertama mereka ditolak.

PPBM merayu kepada pihak mahkamah agar kewujudan parti tersebut dapat terus dikekalkan.

Leave a Response