Posting Terbaru MAZA Dikecam Netizen

share on:

Posting Terbaru MAZA Dikecam Netizen 

Oleh: Sofia Alwani Ali

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin semalam sekali lagi melahirkan kenyataan kontroversi yang ditulis melalui akaun Facebook beliau.

Kenyataan terbarunya membidas sesetengah parti politik yang dikatakan suka melebel.

“Semalam mereka halalkan, hari ini mereka mengharamkan.

“Semalam mereka nerakakan, hari ini mereka beri lebel syurga.

“Semalam mereka bantah, hari ini mereka sokong.

“Bukan sahaja berita media mereka putar, nas-nas agama juga mereka pusing mengikut kehendak semasa mereka,” demikian antara catatanya.

Tulisan panas beliau itu walaubagaimanapun telah mengundang reaksi yang pelbagai oleh netizen.

Sebahagian mereka mengecam Mufti yang dilihat menghasut rakyat supaya bersikap skeptik terhadap parti-parti politik di Malaysia.

Rata-rata netizen memberi reaksi marah dan berpandangan kenyataan Maza hanya mengundang perpecahan.

“Suka kan buat ‘post-post’ yang macam ni? ‘Statement’ lempar batu sembunyi tangan. Berlindung di belakang tabir. Mewujudkan persepsi dan prasangka sehingga ramai yang terjebak bertelingkah dan sindir menyindir. Bagus sangat kan sehingga mendorong perang mulut sesama manusia. Seronok dan puas hati ke?”

Demikian antara respon netizen menzahirkan luahan kekecewaan orang awam terhadap seorang tokoh agamawan yang berpangkat Mufti.

Leave a Response