PAS Takkan Bersama BN dan PH

share on:

PAS Takkan Bersama BN dan PH

Oleh: Nur Adila

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan dalam kenyataan beliau bertajuk ‘Surat Presiden PAS kepada Pengundi PRU 14’ bahawa PAS tidak boleh bersama BN mahupun PH dalam PRU 14.

“PAS tidak boleh bersama BN mahupun PH dalam PRU 14.

“Kalau masuk BN seumpama memikul biawak hidup kerana PAS pernah menyertainya dahulu.

“Sekarang BN memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakit, serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS,” katanya.

Memetik kenyataan sama, Tuan Guru menegaskan PAS tidak boleh bersama kerajaan yang dituduh sehinggalah dibuktikan bersih atau bersalah.

Tambahnya, PAS juga tidak boleh menyertai PH lantaran ada parti dan pemimpinnya yang terus menerus menentang Islam secara terbuka, bersembunyi atau opurtunis.

Ulas beliau, rakyat perlu menolak parti-parti yang cauvinis dan oportunis yang tidak menghormati Islam sebagai agama persekutuan.

Leave a Response