GST Satu Penindasan Yang Nyata

share on:

GST Satu Penindasan Yang Nyata

Oleh: Faris Mahfuz

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berulang kali menegaskan bahawa GST menyalahi konsep cukai Islam.

Katanya, konsep cukai dalam Islam diambil daripada mereka yang ‘berada’ sahaja dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

“Jepun merupakan negara yang tiada hasil bumi yang banyak namun Jepun dapat mengeluarkan makanan yang cukup kepada rakyatnya. Bagaimana?

“Jepun memberi subsidi kepada para petaninya sebanyak 99% di mana petani hanya belanja 1% sahaja.

“Hal ini menyebabkan keuntungan besar kepada sektor pertanian. Dari mana dana itu datang? Ianya datang melalui cukai industri seperti kilang kereta dan lain-lain,” jelasnya.

Soalnya lagi, kenapa kita tidak boleh menjadi sebagaimana Jepun dalam keadaan kita mempunyai hasil bumi yang banyak?

Hadi turut mengimbau sejarah kegemilangan Islam untuk dihayati para hadirin.

Katanya zaman Abbasiyah, orang kaya pada zaman tersebut mendirikan hotel percuma (waqaf) bagi kegunaan orang musafir (pelancong).

“Natijahnya, ramai musafir datang singgah. Mereka perlukan makanan, jadi terpaksa buka Restoran. Maka, perlukan bekalan, kemudian berlakunya proses perniagaan.

“Akhirnya tempat tersebut menjadi bandar. Hasil zakat dan cukai orang bukan Islam melimpah ruah.

“Hal ini berlaku disebabkan kebajikan yang dibuat oleh orang kaya membuka hotel percuma kepada musafir,” katanya.

Leave a Response