Cuti Tanpa Rekod: Syarikat Imanoffshore Wajar Dicontohi 

share on:

Cuti Tanpa Rekod: Syarikat Imanoffshore Wajar Dicontohi 

Oleh: Salman Amirruddin

Majikan syarikat Imanoffshore Engineering & Services Sdn Bhd telah memberi cuti tambahan tanpa rekod kepada semua pekerja syarikat tersebut sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Cuti tambahan diberi selama dua hari iaitu 8 & 10 Mei bagi pengundi luar Kemaman manakala pengundi dalam Kemaman hanya sehari selepas hari pengundian.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan 9 Mei sebagai Hari Kelepasan Am, namun kesukaran tetap dihadapi oleh pengundi luar untuk menunaikan hak mereka.

Tindakan majikan prihatin seumpama ini perlu dipuji kerana memberi kelonggaran kepada pekerja mereka untuk turun mengundi.

“Ini bagi tujuan untuk memudahkan semua kakitangan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara,” terang majikan tersebut.

Leave a Response