Adakah MAZA Sokong PAS?

share on:

Adakah MAZA Sokong PAS?

Oleh: Sofia Alwani Ali 

Kenyataan terbaru Mufti Perlis, Dr. MAZA melalui status Facebook bertajuk ‘Jangan Beriman Dengan Parti Politik’ berpesan supaya para pembaca memilih parti yang amanah.

“Kita kena memilih yang paling cekap dan amanah.

“Jika tiada, yang mendekati kecekapan dan yang lebih dekat kepada amanah.

“Jika tiada, yang paling kurang korupsi dan paling kurang dangkal dalam urustadbir,” demikian antara catatan beliau.

Walaubagaimanapun, terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low memaklumkan bahawa PAS merupakan parti tunggal sifar siasatan rasuah berbanding BN seramai 71 orang dan PH seramai 21 orang.

Kenyataan tersebut dibuat oleh menteri berkenaan ketika mengulas soalan yang ditujukan di dalam Sidang Dewan Rakyat, berkenaan pemimpin politik yang telah disiasat oleh SPRM kerana dakwaan salah laku.

Adakah parti yang paling kurang korupsi dimaksudkan MAZA ialah PAS?

Leave a Response