“Terpulang Kepada SPR lah..”

share on:

“Terpulang Kepada SPR lah..”

Oleh : Basyirha Mohd Ghani

Keputusan tarikh mengundi yang diumukan SPR baru-baru ini masih menjadi bualan netizen.

Presiden PAS, Abdul Hadi semasa ditanya komen beliau berkaitan hal tersebut berkata dirinya tidak mahu masuk campur urusan SPR.

“Itu terpulang kepada SPR untuk mengadakan bila-bila masa untuk pilihan raya yang penting kesedaran pengundi.

“Itu sangat penting untuk kita gerakkan, jangan kita kongkong SPR.

“Perintah SPR buat hari ni, pukul-pukul berapa itu hal dia, kita tidak mahu campur, itu semua urusan SPR,” jelasnya.

Beliau dalam masa sama memaklumkan akan meletakkan calon dari bukan Islam, yang akan ditempatkan di tempat yang akan ditetapkan nanti; bukan semata untuk simbolik tapi untuk mereka menang.

Tambahnya, sekiranya tidak ada kalangan bukan islam yang terpilih dalam pilihan raya, kerajaan negeri boleh melantik ADUN yang mewakili kaum bukan islam.

Ulasnya lagi, PAS juga akan meletakkan calon-calon muda yang bertenaga dan berpengalaman sekaligus memperkenalkan kerajaan teknokrat melalui kalangan pakar dalam PAS.

Tags:

Leave a Response