“Rakyat Perlu Beri Peluang …”

share on:

“Rakyat Perlu Beri Peluang …”

Oleh: Nur Adila

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Salamiah Mohd. Nor turut bersama rakyat Pahang semasa Majlis Amanat Pilihan Raya Negeri Pahang yang berlangsung baru-baru ini.

Mewakili suara Muslimat, beliau menyatakan tempoh 60 tahun yang telah diberikan kepada Barisan Nasional (BN) tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka.

Justeru ulasnya, rakyat hidup dalam keadaan yang tertekan hingga kini.

Tambah beliau, rakyat Malaysia perlu memberi kepercayaan kepada PAS dalam merealisasikan manifesto parti itu sekaligus menyelesaikan masalah-masalah negara.

Tegasnya lagi, PAS adalah parti yang konsisten membawa prinsip Islam dalam perjuangan.

Oleh itu, beliau menyeru kepada segenap lapisan pengundi agar memberi peluang kepada PAS untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat dalam PRU 14 ini.

Tags:

Leave a Response