“Kemenangan Yang Kita Impikan Adalah….”

share on:

“Kemenangan Yang Kita Impikan Adalah….”

Oleh: Nabihah Azman

PAS Pahang telah menganjurkan Majlis Amanat Pilihan Raya Negeri Pahang di Padang Awam Cenderawasih baru-baru ini.

Ahli Parlimen Temerloh, YB Nasrudin Hassan dalam ucapan beliau pada malam tersebut mengutarakan konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) kepada para hadirin.

Katanya, format itu dibuat untuk semua ahli politik dan juga rakyat sebagai satu prinsip untuk tidak terjebak dengan politik yang bermatlamat menghalalkan cara.

“Kemenangan yang kita impikan itu adalah kemenangan yang meletakkan teras Islam,” ujar beliau.

Di awal ucapannya, beliau menjelaskan tujuan PAS ditubuhkan.

Tegasnya, berdasarkan Perlembagaan PAS Fasal 5 menyatakan supaya PAS dapat menjadikan pemerintahan dan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai hidup Islam dan melaksanakan hukum-hukum Allah untuk mencapai keredaan-Nya.

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan Nasrudin Hassan Tantawi sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Tags:

Leave a Response