Dr. Kamarul Tunjuk Bukti Pakatan Harapan Dibantu Gereja

share on:

Dr. Kamarul Tunjuk Bukti Pakatan Harapan Dibantu Gereja

Oleh: Asmaa

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Dr Kamarul Yusoff semalam memuat naik status mendakwa pihak gereja mula bersuara untuk menangkan Pakatan Harapan.

Memetik kata-kata beliau di laman Facebook, Dr Kamarul berkata satu hebahan rasmi dari Rt. Rev. Bernard Paul, Bishop of Melaka Johor Diocese mula tersebar.

“Semalam, 11 April 2018, telah mula beredar satu hebahan rasmi yang datang daripada Rt. Rev. Bernard Paul, Bishop of Melaka Johor Diocese, dengan bahasa yang terlalu mudah difahami, iaitu supaya Barisan Nasional ditumbangkan dan digantikan dengan Pakatan Harapan dalam PRU 14.

“Dijangkakan akan lebih banyak lagi hebahan begini, sama ada yang berbentuk rasmi mahupun tidak rasmi, yang akan beredar menjelang hari pengundian PRU 14 meminta supaya penganut Kristian keluar beramai-ramai bagi menumbangkan Barisan Nasional dan memenangkan Pakatan Harapan.

“Masih ragu-ragu lagikah siapa pendokong Pakatan Harapan?,” demikian status yang dimuat naik beliau.

 

Ikuti penulisan beliau di https://www.facebook.com/1644910628853204/photos/a.1661000483910885.1073741829.1644910628853204/2103736489637280/?type=3&theater

Leave a Response