Amanat Hadi: Wawasan PAS Bukan Sekadar Wawasan 2020

share on:

Amanat Hadi: Wawasan PAS Bukan Sekadar Wawasan 2020

Oleh : Nadzirah Razaq

Majlis Amanat Pilihan Raya negeri Pahang telah diadakan di Kuantan, Pahang Selasa lau.

Presiden PAS , Abdul Hadi Awang menerangkan konsep pemerintahan negara yang sebenar.

Katanya,sekiranya diberi kuasa memerintah , corak pemerintahan mestilah menurut apa yang diajarkan dalam Islam.

“Kita bawa wawasan Islam bukan hanya wawasan 2020.

“Kita memperkenalkan pemerintahan negara menurut acuan Islam,” tegas beliau.

Menurut beliau, pemerintahan yang sebenar adalah pemerintahan yang mempunyai hubungan dengan Allah, mengamalkan konsep ekonomi adil dengan sistem zakat , konsep negara berkebajikan dengan suruhan kepada kebaikan dan menegakkan undang-undang Islam.

Mengulas lanjut hal demikian, beliau memberitahu hasil siasatan SPRM lalu iaitu PAS diisytiharkan sifar rasuah sekaligus mencorakkan imej parti.

“Kita sudah mendengar berkaitan parti politik yang disiasat oleh SPRM.

“Kita lihat tiada kes rasuah yang dicatatkan oleh PAS,” jelasnya.

Ulasnya lagi, rahsia PAS bersih daripada kes seperti ini adalah kerana dasar PAS dalam membawa Islam.

Katanya, sekiranya SPRM tidak siasat sekalipun, Islam ada undang-undang berkaitan perkara itu.

Tags:

Leave a Response