PAS Dakwa Tanah Rizab Melayu Kuala Berang Tergadai 

share on:

 

PAS Dakwa Tanah Rizab Melayu Kuala Berang Tergadai 

Oleh: Salman

 

KUALA BERANG, 12 April – Tanah Rizab Melayu yang terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu telah digadai dengan pemberian pemilikan tanah kepada orang luar Terengganu dan UMNO Bahagian Kuala Berang sendiri.

 

Hal tersebut didedahkan oleh Tuan Haji Muhyiddin Abd Rashid, YDP PAS Kawasan Hulu Terengganu semalam dalam tinjauan beliau ke sana.

 

Beliau menyatakan bahawa Tanah Rizab itu yang asalnya merupakan Bukit Jepun mula dirombak hanya selepas UMNO memerintah pada 2014.

 

Tambahnya, tanah itu telah dipecahkan kepada 17 lot dan masing-masing hari ini dimiliki oleh syarikat bukan Melayu malah bukan warga tempatan selain UMNO Bahagian Kuala Berang juga memiliki hampir 9 lot atas tanah rizab melayu yang dirombak itu.

 

“Tanah ini ialah Rizab Melayu yang berada di pusat bandar Kuala Berang.

 

“Inilah satu perkara yang amat sedih.

 

“Tanah rizab melayu kita telah digadai begitu senang sekali, dan tanah itu telah diberi milik kepada syarikat Zon Ria (M) Sdn Bhd”,  katanya.

Leave a Response