PAS Akan Umum Calon 19 April

share on:

PAS Akan Umum Calon 19 April

Oleh : Mohd Fadzil

KOTA BHARU, 12 April – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding dalam PRU 14 secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan memperkenalkan manifesto yang kedua bermula esok.

Ditanya berkaitan perkembangan semasa, beliau berkata tarikh 9 Mei tidak sepatutnya ditetapkan sebagai hari pembuangan undi oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan ia adalah hari bekerja.

“Namun dari sudut pilihan raya, PAS berpandangan tidak sepatutnya diadakan pada hari bekerja.

“Lebih-lebih lagi pada kali ini hari pembuangan undi sangat hampir dengan Hari Raya,” ujar beliau.

Walaubagaimanapun katanya, PAS sudah menjangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh bukan hari minggu mengikut pengalaman yang pernah dialami sebelum ini.

“Apa pun SPR sudah menetapkan tarikh.

“Kita harap pengundi diberikan kemudahan untuk mereka balik membuang undi,” jelas beliau ketika ditemui usai majlis penyerahan borang menyertai PAS JKR 10 petang semalam.

Terdahulu, seramai 59 lagi ahli Umno bersama ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanah Merah Che Mood Che Mamat telah menyerahkan borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah.

Leave a Response