“Biar Bakhil, Ini Yang Kita Nak”

share on:

“Biar Bakhil, Ini Yang Kita Nak”

Oleh: Faris Mahfuz

 

SHAH ALAM, 7 April – Sesi soal jawab di Town Hall melibatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Setiausaha PAS, Dato’ Takiuddin dan Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membincangkan mengenai kerajaan teknokrat.

 

Abdul Hadi berkata, pemilihan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar sesi lalu adalah berdasarkan prinsip kerajaan teknokrat yang dipegang PAS hingga kini.

 

Menariknya, sesi tersebut turut diselit kisah sebenar yang berlaku sebelum Peristiwa Kajang Move.

 

Menurut Hadi,  beliau mendapat aduan daripada Pakatan Rakyat bahawa Menteri Besar Selangor pada masa itu, Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) dikatakan bakhil.

 

Justeru, satu pertemuan antara Hadi dan TSKI diadakan bagi menyelesaikan permasalahan itu telah diadakan

 

Melalui pertemuan itu, TSKI menjelaskan secara terperinci berkenaan situasi sebenar di Selangor.

 

“Beliau menghalang daripada berlakunya kebocoran hasil negeri.

 

“Masa itu Almarhum Tok Guru Nik Aziz ada lagi.

 

“Lalu Almarhum Tok Guru jawab, biar bakhil lah, ini yang kita nak!,” katanya.

 

Hadi menjelaskan bahawa, bakhil kerana pertahankan harta negeri daripada disalahgunakan oleh pihak tertentu demi rakyat itu merupakan sifat mulia.

 

Hadi turut berkongsi pengalaman yang sama sewaktu menjadi Menteri Besar Terengganu dulu.

 

Leave a Response