Haram Undi Calon Bukan Islam Yang Memusuhi Islam Dan Penganutnya

share on:

Haram Undi Calon Bukan Islam Yang Memusuhi Islam Dan Penganutnya

Oleh: Asmaa

 

Persoalan bolehkah mengundi calon bukan Islam terjawab setelah Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri menjelaskan hal tersebut dalam Bayan Linnas siri ke- 129 beliau.

 

Katanya, celaan dan larangan daripada menjadikan orang kafir sebagai wali / teman rapat/ penolong terpakai kepada kalangan bukan Muslim yang menzahirkan permusuhan dan kebencian kepada Islam dan yang memerangi orang-orang Islam.

 

Menghurai lanjut persoalan tersebut, Dr Zulkifli turut menjelaskan beberapa ciri-ciri kalangan calon bukan Islam yang haram dan harus dilantik sebagai pemimpin.

 

Beliau dalam masa sama turut mengulas pandangan yang diketengahkan oleh Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia, Dr. Yusof Al-Qardhawi yang berpandangan bahawa golongan bukan Islam mempunyai hak untuk menjawat jawatan-jawatan negara kecuali jawatan-jawatan yang lebih dominan unsur keagamaan.

 

“Golongan bukan Islam mempunyai hak untuk menjawat jawatan-jawatan negara kecuali jawatan-jawatan yang lebih dominan unsur keagamaan seperti ketua negara, panglima tentera, penghakiman antara orang Islam dan pengurusan zakat.

Leave a Response