PRU-14 Diadakan 9 Mei Nanti

share on:

PRU-14 Diadakan 9 Mei Nanti

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh pengundian PRU-14 ditetapkan pada 9 Mei.

Manakala penamaan calon, pada 28 April, dan hari pengundian awal pada 5 Mei.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang media yang telah berlangsung jam 12 tengahari tadi.

 

Katanya, seramai 14,940,624 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang direkodkan sehingga suku keempat 2017.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa 7 April.

Leave a Response