PAS Tegas Teruskan Agenda Walaupun Ditentang

share on:

PAS Tegas Teruskan Agenda Walaupun Ditentang

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sehingga kini tetap dengan prinsip mereka; memperjuangkan agama Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Demikian penegasan dibuat Presidennya, Abdul Hadi Awang melalui Amanat Pilihan Raya pagi semalam, 9 April.

Katanya, PAS pernah bergabung dengan UMNO pada 70-an namun memilih untuk berpisah dan tidak bergabung selagi Islam tidak dijadikan teras sesebuah parti.

“Kita tetap beristiqamah bersama dengan Islam, menjadi parti politik dengan gagasan baru, tidak bersama dengan Barisan Nasional (BN), tidak bersama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Mengapa tidak bersama dengan BN?

“Kita pernah dengan BN tahun 70-an. Kerajaan yang memerintah mempunyai kewangan yang cukup, di dalamnya berlaku kelemahan dan kebocoran.

“Banyak halangan untuk melaksanakan agenda perjuangan kita,” ulasnya.

Tambah beliau, selepas dari itu PAS bersendirian dan mengadakan tahalluf, persefahaman dengan pakatan rakyat yang ada di dalamnya ialah kalangan yang meninggalkan UMNO, kalangan DAP dan lain-lain.

Namun demikian katanya, setelah agenda Pakatan Rakyat tidak menepati agenda Islam, samaada ada di dalamnya kalangan yang menentang Islam secara nyata dan terang seperti DAP, ada kalangan yang tidak berani dan tegas menyatakan Islam, maka PAS terpaksa mengadakan gagasan sendiri menumpukan pendekatan baru Gagasan Sejahtera.

Leave a Response