“Kini Masanya …….. Yang Telah Dirosakkan Individu 93 Tahun”

share on:

“Kini Masanya …….. Yang Telah Dirosakkan Individu 93 Tahun”

 

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam memuat naik pandangan beliau terhadap kepimpinan negara melalui Johor Southern Tigers.

Pandangan tersebut selari dengan kempen pilihan raya yang semakin rancak selepas pembubaran Parlimen diumumkan Perdana Menteri Jumaat lalu.

Katanya, beliau memahami kekesalan rakyat terhadap corak pentadbiran kerajaan sebelum (BN) ini dan berpandangan bahawa BN perlu melakukan perubahan.

“Saya tahu buat masa ini rakyat semua berkecil hati terhadap kepimpinan negara dan saya faham.

“Bagi pandangan saya, Umno perlu lebih aset daripada liabiliti.

“Ia bermakna Umno perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi terutama sekali sistem hirarki,” katanya.

Memetik pandangan sama, Tunku Ismail turut menempelak tindakan Tun Dr Mahathir yang telah banyak melakukan kerosakan terhadap negara dan kini mahu menjadi ketua negara kembali.

Katanya, beliau tidak akan lupa siapa yang merosakkan Umno, yang menjadi peneraju dan melahirkan kroni-kroni, melahirkan korupsi, melahirkan proksi dan juga siapa yang cuba menarik kuasa-kuasa Diraja termasuklah cuba untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang mereka sayangi.

Beliau berpesan kepada rakyat supaya jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular (Tun Mahathir).

“Sekarang ini, di dalam negara situasi politik agak berkucar kacir.

“Tetapi ia tidak semestinya adalah pengakhiran dunia (kiamat).

“Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri sekarang ini.

“Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu,” tegas beliau.

Leave a Response