Hadi Sedia Bertanding Akur Arahan Parti

share on:

Hadi Sedia Bertanding Akur Arahan Parti

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah satu-satunya parti yang berpengalaman menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).

Katanya, PAS tidak pernah dirahamkan penubuhannya sedangkan UMNO sendiri pernah diharamkan suatu ketika dahulu.

“PAS adalah parti yang paling berpengalaman menghadapi pilihan raya sejak sebelum merdeka pada tahun 1955 dan sehingga hari ini PAS tidak pernah diharamkan.

“UMNO pernah diharamkan. Kiranya parti paling lama dalam pilihan raya kitalah (PAS).

“Kita tak pernah buat salah laku dalam pilihan raya dan kita harap parti-parti lain pun konsisten ikut undang-undang pilihan raya,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut memaklumkan kesediaannya bertanding di mana-mana kerusi terserah kepada arahan parti.

“InsyaAllah, saya ikut arahan parti.

“Parti suruh bertanding dimana, kita bertandinglah,” katanya.

Leave a Response