Hadi Optimis Rakyat Terengganu Pilih PAS

share on:

Hadi Optimis Rakyat Terengganu Pilih PAS

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa tidak mustahil Terengganu mampu memenangi dua per tiga kerusi DUN berdasarkan kemenangan-kemenangan sebelum ini.

Keyakinan tersebut dilontarkan beliau melalui satu temubual terbaru selepas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak memaklumkan tarikh pembubaran Parlimen.

Semasa ditanya adakah beliau yakin Terengganu mampu memperoleh 2/3 kerusi DUN pada pilihan raya akan datang, beliau menjawab ia adalah satu keputusan yang tidak mustahil untuk diperoleh.

“Kita pernah menang tahun 1999, kita pernah menang tahun 1959.

“Kalau pilihan raya didakan dengan cara yang telus dan sama rata, kita yakin. Tapi kita kena sedar, pilihan raya di tempat kita ni masih ada kelemahan-kelemahan termasuklah dari segi sempadan pilihan raya.

“Namun demikian, kita tidak bergantung kepada keputusan pilihan raya lepas, kita bergantung kepada gerak kerja terkini.

“Tidak mustahil kita boleh mempenagruhi pengundi-pengundi muda yang mengikut statistik tidak kurang 30% adalah pengundi muda,” demikian keyakinan disuarakan beliau.

Statistik telah membuktikan bahawa lebih 30% pemuda Terengganu yang menyokong PAS.

Leave a Response