Teka Teki Tarikh Pembubaran Parlimen Terjawab

share on:

Teka Teki Tarikh Pembubaran Parlimen Terjawab

Oleh: asmaa@mn

 

Teka teki tarikh pembubaran Parlimen akhirnya terjawab setelah Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran akan dilakukan Sabtu, 7 April 2018.

 

Pengumuman tersebut dibuat melalui secara langsung pada jam 12 tegahari tadi sejurus selepas Perdana Menteri itu mengadap Sultan Muhammad ke-V di Istana Negara pada pagi tadi.

 

Ekoran itu, beliau mencadangkan Ketua Menteri dan Menteri Besar supaya Dewan Undangan Negeri turut mengambil langkah yang sama.

 

Hal demikian katanya bagi memberi laluan supaya Pilihan Raya Negeri  dan PRU 14 dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 

“Saya telah menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan atas perkenan Baginda, Parlimen ke-13 akan dibubarkan berkuatkuasa esok.

 

“Oleh itu, saya menasihatkan Menteri Besar dan Ketua Menteri menghadap Ketua-ketua Negeri masing-masing untuk perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri juga supaya Pilihan Raya Umum dapat dijalankan serentak di seluruh negara,” demikian ucapan beliau.

 

 

Leave a Response