“Kalau Saya Tuhan” Undang Kemarahan Netizen

share on:

“Kalau Saya Tuhan” Undang Kemarahan Netizen

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dikecam hebat setelah mengeluarkan ayat mengandaikan jika dirinya Tuhan dengan menyebut: “Kalau saya Tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja.”

Kata-kata tersebut ditujukan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, BN-Baling semasa berlaku perdebatan antara mereka di parlimen petang semalam.

Ekoran dari itu, ahli parlimen Kuala Nerus, YB Mohd Khairuddin lantas bangkit menegur tindakan Hanipa dan menggesa beliau menarik balik kata-katanya itu.

Mohd Khairuddin menjelaskan bahawa isu tersebut melibatkan isu aqidah sambil membawakan beberapa dalil untuk memberi penerangan kepada ahli dewan.

Namun demikian, Hanipa tetap tidak mengendahkan teguran itu dengan berkata: “Saya takkan tarik balik.”

Dewan bertukar gamat seketika setelah ahli dewan turut bersetuju dengan tindakan Mohd Khairuddin dan menggesa Hanipa bertaubat.

Netizen walaubagaimanapun turut tergamam dengan tindakan Hanipa itu serta menggesa supaya beliau menurunkan ego dan menyedari kesilapannya.

Leave a Response