Catatan Chegubard Bukti Tun M Sebenarnya Yang Gugup

share on:

Isu kehadiran Tun Dr. Mahathir ke Wacana Sinar minggu lalu masih menjadi sebutan hangat netizen di media sosial.

Tuduhan menyatakan ada antara ahli panel yang gugup sejurus diterjah Tun M seakan menimbulkan perbalahan di antara puak Pro dan puak anti Tun M.

Walaubagaimanapun, isu tersebut bukan sahaja berlegar sekitar penganjuran wacana itu namun turut menarik perhatian netizen terhadap insiden yang berlaku pada tahun 2016 melibatkan wacana disertai Tun M.

Insiden tersebut dirungkai menerusi catatan Chegubard melalui blognya bertajuk “Catatan pengalaman Dialog dengan Dr.M : lari balik awal”.

Menerusi laman blog tersebut, Chegubard menjelaskan situasi dihadapi beliau semasa berdialog dengan Tun M yang akhirnya menyebabkan Tun M mengambil keputusan untuk meniggalkan pentas ekoran diajukan soalan yang tidak mampu dijawabnya.

“Ketika ini saya bangun mencelah dan katakan “Tun, kamu tak jawab lagi soalan saya”.

“Pengerusi Majlis mendiamkan saya semula dan Mahathir mengakhirkan ucapanya dengan penipuan katanya Anwar pun tulis surat kepadanya sokong dia.

“Dia duduk dan terus bisik sesuatu pada pengerusi majlis dan pengerusi Majlis terus umum bahawa Tun Mahathir kena pulang awal kerana ada urusan penting dan soalan yang tidak berjawab akan dijawab oleh Ambiga dan Maria Chin.

“Saya dan ramai lagi anak muda , aktivis mahasiswa yang hadir tak boleh menyorokkan kekecewaan dengan cara Mahathir, hadir program dialog dengan syarat tiada media dan bila ditanya lari balik awal tinggalkan orang lain untuk cuci ? Inilah demokrasi terpimpin ala Mahathir.”

Demikian pengakhiran catatan blog Chegubarg yang membuktikan Tun M sebenarnya tidak berani berdepan dengan soalan rakyat.

Leave a Response