Dr Kamarul Tetap Cool Walaupun Diterjah Tun Mahathir

share on:

Dr Kamarul Tetap Cool Walaupun Diterjah Tun Mahathir

Oleh: asmaa@mn

Wacana Sinar bertajuk “Adakah Tun M Terlalu Tua Untuk Menjadi PM” kini menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Isu hangat itu mendapat perhatian ramai apabila Tun Mahathir bersama isterinya, Datin Siti Hasmah muncul secara mengejut semasa sesi wacana berlangsung semalam.

Wacana yang turut disiarkan secara langsung melalui Page Sinar Harian itu walaubagaimanapun berlangsung dengan baik hingga ke akhir siaran.

Dr Kamarul Yusof, salah seorang ahli panel wacana tersebut tetap meneruskan hujahan beliau tanpa gentar walaupun diterjah.

Terkenal dengan seorang penulis yang lantang menyuarakan pandangan politik, beliau telah menerima kritikan kononya kehadiran Tun M semasa wacana menggugat kelantangannya berhujah.

Menurutnya, beliau dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa mereka turut menjemput Tun Dr Mahathir untuk turut hadir bagi bercakap mengenai isu yang melibatkan diri beliau ini tetapi beliau dikatakan tidak menjawab jemputan dan mengandaikan beliau tidak akan hadir.

Tambahnya, walaupun menyedari kemungkinan wacana itu akan menjadi berat sebelah, Dr. Kamarul bagaimanapun memilih untuk hadir bagi membolehkannya mengemukakan beberapa fakta alternatif mengenai kemampuan Tun Dr Mahathir itu.

“Untuk tujuan itu, saya telah menyenaraikan 10 kayu ukur bagi menilai kemampuan Tun Dr Mahathir ini, iaitu membabitkan aspek legal, physical, genetical, mental, psychological, moral, demographical, intellectual, philosophical dan spiritual.

“Bila saya diberi ruang bercakap, saya pun terus mengemukakan penilaian saya ke atas kayu ukur tersebut, di mana pada kali pertama saya sempat mengemukakan enam kayu ukur sebelum dihentikan oleh moderator (yang menyebut mengenai kelebihan tokoh tua berbanding tokoh muda yang korupsi).

“Saya memang tidak menyangka mengenai kehadiran secara tiba-tiba Tun Dr Mahathir ke wacana ini, apatah lagi bila moderator terus memberikan ruang kepada beliau dan isteri beliau untuk bercakap selain meminta kami sebagai panelis untuk bertanya soalan kepada beliau sebagai jemputan pula,” ujarnya.

Bagaimanapun, Dr Kamarul tetap menggunakan ruang yang ada untuk mengingatkan Tun Dr Mahathir mengenai ketidakmampuan beliau dari sudut spiritual dengan merujukkan kepada peringatan Allah mengenai kelemahan manusia pada usia tua.

Leave a Response