Mufti Tegur Tindakan Neelofa Lancar Tudung Di Kelab Malam

share on:

Mufti Tegur Tindakan Neelofa Lancar Tudung Di Kelab Malam

Media sosial hari ini gempar dengan isu Neelofa yang mengadakan majlis pelancaran tudung #BeLofa di Kelab Malam The Zouk, Kuala Lumpur.

Rata-rata netizen sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku. Bukan itu sahaja, malah tindakan Neelofa turut mendapat perhatian para mufti antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan juga Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zukifli Al-Bakri.

Menurut Tan Sri Harussani, beliau hanya memberi komen ringkas dengan menyuruh artis popular tersebut bertaubat dan berpesan supaya hal sedemikian tidak berlaku lagi.

Manakala Mufti Wilayah pula telah menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa sebagai teguran ke atas apa yang dilakukan beliau.

Melalui surat tersebut, Dr Zulkifli menyatakan hasrat Neelofa untuk tampil dengan kelainan sedemikian adalah salah dan hanya akan menimbulkan fitnah kepada agama.

Katannya, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

Memetik sumber sama, Mufti Wilayah itu juga menyatakan kerisauannya akan kekeliuan masyarakat terhadap tujuan sebenar bertudung.

“Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung.

“Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat,” katanya.

Mengakhiri pesanan, Dr Zulkifli mengajak Neelofa menghayati syariat Islam yang sebenar supaya peristiwa tersebut tidak berulang lagi.

“Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya.

“Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT,” katanya.

Leave a Response