6 Langkah Mudah Mula Belajar Memasak

share on:

6 Langkah Mudah Mula Belajar Memasak

Ramai dikalangan anak muda hari ini yang seringkali ragu-ragu untuk memasak sendiri. Antara sebab utama mereka ialah tidak pandai @ tiada kemahiran dalam memasak. Hal ini menyebabkan mereka tiada dorongan dan galakan untuk mencuba air tangan sendiri dan lebih selesa keluar makan bersama kawan di restoran.

 

Bagi anda yang mengalami masalah ini, sila ikuti langkah-langkah berikut sebagai permulaan, lama-keamaan, anda akan sudah terbiasa dan tabiat suka memasak akan kekal!

 

  • Yakin Pada Diri Sendiri

 

Perkara paling utama yang perlu ada dalam diri sebelum memulakan sesuatu pastinya keyakinan. Yakin pada diri sendiri sangat penting dalam apa jua tindakan sekalipun. Jika anda sendiri tidak yakin pada diri sendiri, mana mugkin orang lain mampu yakin dengan kebolehan anda. Betul tak? Jadi, mulai hari ini, yakinlah, anda boleh memasak! Jika keyakinan sudah disemai, pastinya kesungguhan untuk membuktikan keyakinan secara automatik akan hadir dalam diri sendiri. Ucaplah “Ye, saya boleh memasak!”

 

  • Rajinkan Diri

Bila keyakinan sudah ditanam di dalam diri, perkara seterusnya semestilah rajin. Kita biasa dengar pepatah “Tak pandai tak apa, asal rajin!” Ye kan? Pepatah ini sangat tepat. Pandai memasak hanya sia-sia jika malas, tetapi beruntunglah mereka yang rajin dan cuba memperbaiki masakan setiap hari. Sebenarnya sudah tiada istilah tidak reti kerana anda boleh mendapatkan pelbagai resipi haya di hujung jari. Yang ada hanyalah rajin atau malas sahaja.

 

  • Perhati Orang Lain Memasak

Cara ini paling mudah untuk memulakan proses belajar memasak. Memerhati gaya masakan dan merasa masakan orang lain terutama ibu sendiri pastinya sangat membantu anda dalam memulakan proses belajar memasak. Ketepikan perasaan malu dan biarkan sahaja jika anda disindir “eh, kenapa tiba-tiba rajin nak tolong kat dapur ni?”. Teruskan kerajinan anda jika anda betul-betul berazam untuk belajar memasak. Percayalah, lama kelamaan anda pasti sudah tidak sabar untuk memasak sendiri.

 

  • Belajar Melalui Youtube

 

Kini sangat banyak cara mudah belajar memasak untuk anda yang mahu memulakannya. Antaranya ialah, lihat cara memasak melalui youtube dan mencari resipi mudah di internet. Pelbagai channel kini tersedia dengan pelbagai resipi. Semuanya sudah dijelasakan secara terperinci. Jadi, anda boleh perhatikan bagaimana cara memotong bahan, cara menyukat kuantiti bahan dan cara memastikan masakan sudah sesuai untuk diangka serta pelbagai lagi. Youtube sebenarnya sangat membantu bagi mereka yang ingin belajar bukan sahaja memasak juadah harian bahkan juga pelbagai kuih muih mudah dan ringkas.

 

  • Mulakan Dengan Masakan Mudah

 

Kini, sudah tiba masanya untuk anda mulakan memasak. Mulakan dengan masakan yang mudah terlebh dahulu; yang hanya memerlukan sedikit bahan sahaja. Apa tunggu lagi, fikirkan menu apa yang hendak dimasak, perhatikan resipi dan bahan yang perlu dibeli, sediakan semua bahan yang sudah dipotong atau dibersihkan kesemua dengan sukatan yang betul sebelum anda mula membuka api dapur. Biasa kita tengok, mereka yang sudah mahir, tidak perlu menyukat dan menyediakan bahan begitu teliti sebelum memaskan, tetapi bagi anada yang baru sahaja belajar, penyediaan secara terperinci sangat membantu supaya perasaan gementar hilang semasa memasak. Jangan gelak, gementar itu satu masalah besar bagi mereka yang punya darah gemuruh. Apa lagi, jom mula memasak!

 

  • Sentiasa Upgrade Ilmu dan Perbaiki Gaya Masakan

Jika anda baru sahaja cuba memasak buat kali pertama, pastinya ada sedikit terkurang rasa atau boleh dikatakan masih tidak sempura. Jangan risau, jangan sedih. Orang lain yang berpuluh tahun memasak pun kadangkala masih memperbaiki hasil masakan mereka apatah lagi anada yang baru mencuba. Jadi, seeloknya, minta pendapat ibu atau kawan anda terhadap masakan anda dan cuba untuk memperbaikinya pada asakan seterusnya. Jika anda diketawakan, jangan terus ambil hati. Kekal positif dan usaha untuk mencuba lagi. Go!

 

Jika anda berjaya mengikuti kesemua langkah diatas, percayalah anda akan menjadi “masterchef” suatu hari nanti. Jom amalkan memasak dan makan masakan sendiri mulai dari sekarang. Ketahuilah bahawa makanan merupakan perkara paling penting untuk dijaga bagi menjamin kesihatan tubuh badan.  Selamat memasak ye semua!

Leave a Response