7 Tanda Suami Bahagia Dalam Perkahwinan

share on:

7 Tanda Suami Bahagia Dalam Perkahwinan

 

Setiap isteri pastinya mengharapkan yang terbaik untuk suami mereka. Perkara utama yang sering difikirkan para isteri ialah mahu melihat suami mereka bahagia bersama mereka. Ketahui tanda suami anda gembira dengan anda.

 

  • Suami Gembira Menanti Kepulangan Anda Dari Kerja

Seorang suami yang bahagia pasti gembira menanti kepulangan isteri tercinta dari tempat kerja. Jika anda terlewat, suami akan menyambut anda dengan senyuman kasih sayang.

 

  • Selalu Menghubungi Anda

Jika suami berjauhan, pasti mereka akan menghubungi anda menyatakan rindunya. Suami yang bahagia akan meras kehilangan bila berjauhan dengan isteri. Dia ingin sentiasa di sisimu  dan tidak sabar untuk pulang segera untuk bertemu anda. Mereka akan selalu menghubungi sebagai tanda ingatan walau berjauhan.

 

  • “I Love You”

Seorang suami yang bahagia akan menunjukkan sikap romantiknya di hadapan anda. Mereka akan selalu mengungkapkan ‘I Love You’ supaya anda tahu bahawa dia sangat menyayangi anda.

 

  • Suka Membantu

Perkara yang paling disukai seorang isteri alah apabila urusan mereka dibantu suami. Kerana bantuan suami itulah tanda mereka gembira bersama anda dan akan sedaya upaya meringankan beban isteri tercinta.

 

  • Pujian

Dia memuji anda. Jika dia selalu memandang anda dan memberi perhatian terhadap apa yang anda lakukan, pastinya keran dia sangat terpesona dengan anda. Dia menganggap anda cantic dan tidak peduli dengan kekurangan yang ada pada diri anda. Apa yang dilakukan suami bahagia ialah hanya memuji isteri mereka!

 

  • Menghiburkan Anda

Jika hati suami terhibur, pastinya dia juga akan berusaha menghiburkan anda. Ini adalah langkah supaya anda rasa dihargai dan sentiasa terhibur dengan kehadirannya. Menghiburkan bukan sahaja di saat anda gembira, tetapi juga di saat anda sedih dia akan mengembirakan anda. Dia akan berusaha memahami masalah anda dan cuba mengembalikan kegembiraan anda!

 

  • Terbuka

Sikap terbuka pastinya disenangi setiap pasangan. Jika suami anda memilih untuk terbuka kepada anda dalam setiap perkara, itu tandanya dia sangat mempercayai anda. Dia sudah selesa dengan sika panda yang selalu berlapang dada mendengar segala luahannya. Dia tahu anda akan selalu memberinya dorongan dan kembali yakin dalam semua perkara.

 

Para suami yang membaca post ini, tunjuklah kebahagiaan ada kepada si isteri. Usah malu, usah ego dengang diri sendiri. Tunjukkan kasih sayang pasti kebahagiaan mengiringi kalian. Saya doakan semua pasangan suami isteri beroleh kebahagiaan dalam rumahtangga mereka. 🙂

Leave a Response