Bagaimana Mengurus Masa Jika Anda Seorang “Work-At-Home-Mom”?

share on:

Bagaimana Mengurus Masa Jika Anda Seorang “Work-At-Home-Mom”?

 

Hari ini, kita melihat ramai wanita yang bekerja dari rumah. Pelbagai jenis pekerjaan dilakukan samaada berniaga secara alam maya atau sebagai penulis atau lain-lain kerjaya. Antara mereka, raai yang berjaya menguruskan masa dengan baik dan ada juga yang masih buntu untuk melaksanakan pekerjaan dirumah dengan baik. Kadangkala, karenah anak-anak dan urusan seharian dirumah menjadikan anda hilang konsisten. Jadi, ikuti tps berikut untuk menjadikan anda seorang “work-at-home-mom” yang hebat.

 

  • Perincikan List-To-Do Sebaiknya

Perkara utama yang perlu dilakukan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan mestilah membuat perancangan yang rapi. Oleh itu, senaraikan target anda setiap hari dan perincikan segala perkara yang ingin dilakukan. Anda boleh membuat jadual target berkala seperti target tahunan, target bulanan, mingguan dan juga target harian. Tetapan masa untuk sesuatu target juga mestilah diletakkan. Dengan ini, senarai tersebut akan memandu gerak kerja harian anda.

 

  • Disiplinkan Diri dan Keuarga

Setelah jadual disusun rapi, maka tiba masanya untuk anda mendisiplinkan diri. List to do akan sia-sia jika tidak diikuti dengan disiplin mencapai target yang ditulis. Selain mendisiplinkan diri, anda juga perlu mendisiplinkan ahli keluarga. Anak-anak mesti dididik dengan disiplin jadual harian yang betul supaya mereka mampu mengatur harian dengan lebih baik. Jika anak-anak sudah dididik sebegitu, waktu kerja anda juga tidak akan terganggu.

 

  • Carilah Masa Lapang

Ye, ramai wanita yang bekerja dirumah sememangnya perlu multi-tasking. Anda kadangkala tidak mampu fokus sebagaimana pekerja di pejabat. Melaksanakan tugasan rumah termasuk mengasuh anak yang masih kecil antara cabaran utama bagi work-from-home-mom. Jadi, jadilah ibu yang produktif dengan menggunakan masa lapang walaupun sedikit dengan menyiapkan tugasan anda. Anda bebas  memilih masa-masa tertentu selama 24jam di rumah untuk bekerja. Jadi, andalah yang mencorak rutin harian anda sendiri. Jika anda mempunyai anak-anak yang masih kecil, pilihlah untuk tidurkan mereka awal dan anda bangun lebih awal untuk memulakan tugasan.

 

  • Bina Satu Ruang Kerja Yang Kondusif

Penting bagi anda untuk mewujudkan satu ruang kerja yang kondusif di rumah. Suasana “office” antara faktir yang mampu mempengaruhi emosi dan semangat kerja anda. Sesiapa saja mesti lebih suka melakukan kerja jika ruang kerja yang ada lebih selesa dan tenang. Jika anda bekerja di rumah, anda mempunyai kelebiha tersendiri kerana anda bebas mendekorasi pejabat anda mengikut kehendak sendiri. Seronok bukan? Jadi, hiaslah pejabat anda supaya anda lebih bersemangat.

 

  • Mintalah Pertolongan

Setiap manusia mempunyai limitasi masing-masing. Sangat diakui, bekerja dirumah agak mencabar terutama mereka yang mempunyai anak kecil. Anda adakalanya tidak mampu memikul beban sendirian dirumah. Sekiranya ini terjadi, mintalah pertolongan termasuk pasangan sendiri. Sekali sekala, luahkan kepenatan anda kepada suami supaya masing-masing memahami situasi pasangan. Anda juga boleh meminta pengasuh tolong jagakan si kecil pada hari tertentu supaya anda mempunyai masa untuk diri sendri. Bebanan yang berat jika dipikul sendirian melebihi had kemampuan mampu memberi tekanan kepada anda. Jadi, pilihlah ruang masa untuk diri sendiri supaya anda kekal proaktif melaksanakan tugasan di rumah.

 

  • Manfaatkan Alat Teknologi

Bagi memenuhi pekerjaan professional atau sebagai surirumah, teknologi sangat membantu bagi menjimatkan masa dan tenaga anda. Contohnya:

  • Melakukan segala bayaran menggunakan aplikasi dalam talian sahaja.
  • Set bayaran ruti sebagai auto-debit.
  • Menggunakan alatan memasak yang tidak memerlukan anda menunggu lama seperti microwave dll.
  • “Bank” resipi untuk hidangan makan keluarga.
  • Berbelanja keperluan rumsh mengikut jadual yang tersusun

Semua perkara diatas jika dimanfaatkan sebaiknya akan membuahkan hasil yang maksima dan anda mampu menjimatkan masa dan tenaga anda sebaiknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Response