Puding Karamel

share on:

Puding Karamel

Bahan puding

  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • ½ sd esen vanilla
  • 150 ml air

Bahan untuk karamel

  • ½ cawan gula
  • 2 sb air

 

Cara Penyediaan

  1. Mula – mula, sediakan caramel dengan panaskan gula di atas dapur. Kacau selalu sehingga keemasan dan masukkan 2 sb air. Kacau lagi supaya gula tidak berketul
  2. Tutup api bila semua gula sudah cair dan masukkan ke dalam loyang yang hendak di letakkan pudng nanti. Biarkan sehingga sejuk.
  3. Seterusnya, masukkan kesemua bahan puding dan blender sahaja (ini cara mudah yang saya suka, kalau taknak blender boleh kacau sebati ye.)
  4. Tuang bahan yang sudah di blend tadi kedalam loyang yang berisi kaamel tadi.
  5. Kemudian kukuskan 30 – 45 minit. Boleh juga guna kaedah waterbath jika anda ingin menggunakan oven.
  6. Angkat dan tunggu sehingga sejuk, kemudian terbalikkan. Karemel sedia untuk diserbu!

Leave a Response