Bagaimana Memaksimumkan Komunikasi Bersama Keluarga?

share on:

Bagaimana Memaksimumkan Komunikasi Bersama Keluarga?

 

Oleh: Puan Farhan

 

Dalam kesibukan kita hari ini, kadang-kadang kita mempunyai masa yang sangat sedikit untuk mencari waktu untuk berbual mesra bersama anak dan isteri.

 

Dalam 1 kajian, antara ibu dan ayah, walaupun si ayah dan ibu sama sama bekerja tetapi masa berkomunikasi untuk si ayah masih kurang dibandingkan dengan si ibu.

 

Jadi, kalau ada masa tersisa bersama, berusahalah untuk berbual antara satu sama lain.

 

Antara waktu yang boleh diguanakan untuk komunikasi berkualiti adalah ketika makan bersama, selepas solat bersama dan mungkin ketika menonton tv bersama.

 

Masa masa yang saya sebutkan diatas adalah sangat bagus kalau kita boleh berkomunikasi dengan anak anak.

 

Ini kerana waktu yang saya sebutkan di atas adalah waktu kita sudah tenang dan relax minda dan badan untuk seketika.

 

Emosi kita tenang

Tubuh kita tenang

 

Jadi apa yang kita bualkan bersama anak mudah untuk anak kita terima dan hadam. Kalau ada nasihat untuk mereka ini lah saat saat yang baik untuk memberi nasihat secara tidak ‘menekan’

.

 

Semalam saya makan disebuah kedai makan dan ketika makan saya perhatikan 1 keluarga ini. Dari duduk makan sehingga habis makan mereka tidak berbual.

Kalau ada pun si ibu berbual sepatah dua dengan anak.

 

Si ayah diam tidak bersuara. Anak anak juga makan tidak bersuara.

 

Sebenarnya sangat rugi kalau kita sia sia kan waktu makan sebab waktu makan adalah antara waktu yang kita semua berkumpul 1 keluarga.

 

Kata Ustaz Azhar Idrus, berbual ketika makan sunnah Nabi. Yang tak bolehnya berbual ketika mulut penuh dengan makanan.

 

Ada beza tak dua situasi ini?

 

Berbual dan bermesra lah ketika.

Kalau boleh suap antara satu sama lain untuk tambahkan kemesraan.

 

Rugi sangat kalau sejam masa bersama untuk kita abaikan begitu sahaja.

 

Masa makan-

Berbual

Bermesra

Beri nasihat

Suap menyuap

 

#ibumenulis

Leave a Response