Resipi Tomyam Ayam Yang Pasti Memukau!

share on:

Resipi Tomyam Ayam Yang Pasti Memukau!

 

Saya yakin, kalian semua mesti meminati masakan tomyam. Jika dijalanan, pasti banyak kedai yang menu utamanya tomyam. Betul tak?

 

Jadi, kalau setiap hari mahu singgah ke kedai untuk menikmati tomyam, apakata anda cubanya sendiri di rumah. Harga seminggu di kedai sudah sama dengan harga sebulan jika dimasak sendiri. Kan jimat? Jom kita cuba resii mudah berikut:-

 

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Pes Tom Yam
  • 1 Biji Tomato
  • 2 Batang Serai (Ditumbuk)
  • 2 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk)
  • 3 Ulas Bawang Merah (Dimayang halus)
  • 1 Ulas Bawang Besar (Dipotong bulat)
  • 1 inci halia (Ditumbuk)
  • Secubit garam
  • 4 Helai Daun Limau (Buang urat)
  • Sayur- sayur lain yang sesuai (Lobak merah, Bunga Kubis dll)

 

Cara memasak:

  • Mula-mula, rebus ayam hingga separuh masak.
  • Kemudian masukkan semua bahan yang dimayang dan ditumbuk serta daun limau. Biarkan air mendidih.
  • Masukkan 3 / 4 sudu pes tomyam, kacau dan biarkan mendidih seketika.
  • Masukkan sayur-sayuran yang telah dibersihkan beserta bawang besar yang dipotong bulat.
  • Apabila tomyam sudah hampir masak, masukkan tomato. Biarkan beberapa saat sahaja supaya tomato tidak hancur.
  • Perasakan dan boleh dihidang apabila semua rasa sudah sempurna.

Apa tunggu lagi, jom mulakan langkat penjimatan dengan memasak sendiri. Kebersihan pun terjamin!

Leave a Response