Resipi Paprik Daging

share on:

Resipi Paprik Daging

  • 500 gram daging
  • 200 gram sayur campur
  • 250 gram bunga kobis
  • 3 biji cili padi merah – dihiris
  • 1 batang serai – diketuk
  • 4 / 5 helai daun limau purut
  • 2 biji bawang besar – di mayang halus
  • 3 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 biji tomato saiz sederhana – potong empat
  • Secubit garam

Bahan Sos

  • 1 sudu besar cili kering (yang sudah diblender)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu  besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis

*Sedikit kiub ayam / pes tomyam (sebagai penambah perisa sahaja, tidak mengapa jika tidak dimasukkan)

 

Cara Penyediaan

  1. Rebus daging yang sudah dipotong nipis sehingga empuk dan toskan.  Simpan air rebusan untuk digunakan dalam sos nanti.
  2. Gaul daging dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng seketika (jangan lama sangat, nanti daging keras). Angkat dan toskan.
  3. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bawang besar, bawang putih, dan serai hingga harum.
  4. Masukkan cili kering terlebih dahulu dan biarkan seketika sehingga cili masak.
  5. Kemudian masukkan semua bahan sos di atas, kacau sebati, Tambahkan air rebusan daging tadi.
  6. Masukkan cili padi, daun limau purut dan daging. Perasakan dengan secubit garam.  Kacau sebati.
  7. Proses terakhir, masukkan sayur campur, bunga kubis, gaul sehingga rata seterusnya asukkan tomato dan masak sehingga sayur lembut. Selesai! Boleh angkat dan hidang untuk keluarga tercinta.

 

Leave a Response