6 Tanda Anda Seorang Ibu Yang Hebat

share on:

6 Tanda Anda Seorang Ibu Yang Hebat

 

Menjadi seorang ibu menuntut kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. Terkadang para ibu tertanya-tanya kepada diri mereka sendiri adakah mereka sudah menjadi seorang ibu yang hebat buat anak-anak? Jom semak antara tanda-tanda ibu hebat berikut.

 

  • Risau Tidak Menjadi Ibu Yang Baik

Anda seringkali rasa bersalah tatkala hadirnya kepenatan melayan karenah anak-anak ataupun ketika anda tidak mampu menghentikan tangisan anak kerana tidak tahu apa yang diingini mereka. Jika anda mempunyai perasaan sebegini; seringkali bimbang tidak mampu menjadi ibu yang baik maka sebenarnyaanda adalah seorang ibu yang hebat. Ibu yang hebat memang akan memikirkan hal-hal sebegitu!

 

  • Menangis Melihat Anak Sakit

Pernahkah anda menangis dan gelisah berterusan semasa melihat anak anda sakit? Jika demikian, anda juga seorang ibu yang hebat. Perasaan sedih itu muncul kerana tingginya rasa cinta kepada anak-anak.

 

  • Berterusan Melakukan Kerja Rumah Tanpa Memikirkan Kepenatan

Kadangala, kepenatan membuatkan kita ingin lari dari tanggungjawab. Kadangkala, rasa berat untuk bangun di awal pagi untuk menghentikan anak yang menangis. Tetapi ia tidak bagi anda. Anda akan sedaya upaya, menunaikan tanggungjawabb dan hak anak-anak walaupun dalam kepenatan. Percayalah, anda memang hebat!

 

  • Mengkaji Dan Berusaha Menambah Ilmu Sebagai Ibu Hebat

Seorang ibu yang hebat tidak akan pernah jemu belajar dan meningkatkan ilmu mendidik anak-anak. Hal demikian membuktikan anda mempunyai kesungguhan yang tinggi dan niat yang ikhlas untuk memperbaiki diri menjadi hebat.

 

  • Anda Rasa Bersalah Bila Memarahi Anak-Anak

Sesungguhnya tidak ada manusia yang sempurna. Seorang ibu pasti kadangkala mempunyai emosi berbaur. Adakalanya gembira, adakalanya sedih dan adakalanya perasaan marah. Sedarlah bahawa anda tidaklah sempurna dan pasti melakukan kesalahan. Sekiranya anda kadangkala memarahi anak dan berasa sedih dengan perbuatan tersebut, anda sememangnya seorang yang hebat. Ibu yang hebat cepat rasa bersalah jika anak mereka dimarahi.

 

  • Anda Suka Bekerja Sebagai Ibu

Disebalik ketakutan dan kebimbangan, pasti terselit kegembiraan menjadi seorang ibu. Jika anda mencintai apa yang anda lakukan sebagai seorang ibu, anda sememangnya sudah menjadi ibu terbaik. Walaupun anda tahu banyak cabaran yang akan dihadapi seorang ibu, namun perasaan suka dengan apa yang dilakukan bukti anda sebenarnya seorang yang punya perasaan cinta dan kesih saying kepada anak-anak. Anda seorang yang hebat!

 

Leave a Response