Telur Masak Kicap Mudah dan Senang!

share on:

Telur Masak Kicap Mudah dan Senang!

Adakalanya seorang isteri terutama surirumah buntu untuk memikirkan juadah buat keluarga. Maka, muncullah idea untuk memasak masakan yang simple sahaja. Jadi, jom kita sediakan telur masak kicap. Siapa cakap telur kicap tak sedap? Jika dimakan bersama keluarga dengan hidangan nasi panas pasti menjilat jari terutama anak-anak yang sukakan kicap. Jom kita tengok macam mana penyediaan telur kicap osem, mudah dan cepat.

 

Bahan – bahan:

  • Telur
  • 4 Ulas bawang merah*
  • 2 Ulas bawang putih*
  • Seinci halia*
  • 5/6 Cili kering (Rendam dalam air panas seketika)*

Semua bahan bertanda * dikisar bersama sedikit air.

  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sk sos tiram
  • 4 sudu besar kicap
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

  • Mulu-mula, rebus telur sehingga masak, kemudian sejukkan dan buang kulit.
  • Belah dua untuk dimasukkan ke dalam kuah kicap nanti.
  • Panaskan minyak bersama 2 sudu minyak masak.
  • Masukkan bahan yang sudah dikisar tadi, tumis sehingga masak (pecah minyak).
  • Apabila tumis sudah masak, masukkan sos tiram, kicap, garam dan sedikit air. Jika masih pekat, tambahkan lagi air.
  • Biarkan seketika sehingga semua bahan tadi sudah sebati. Rasakan dan boleh diangkan dan dicuahkan kedalam telur rebus tadi. Mudah kan? Tak perlu pening lagi, jimat pun jimat.

Leave a Response