Dosa Hutang Tidak Diampun

share on:

Dosa Hutang Tidak Diampun

 

حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ يَحْيَى بْنِ صَالِحٍ الْمِصْرِيُّ حَدَّثَنَا الْمُفَضَّلُ يَعْنِي ابْنَ فَضَالَةَ عَنْ عَيَّاشٍ وَهُوَ ابْنُ عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيُّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحُبُلِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلَّا الدَّيْنَ.

 

Telah menceritakan kepada kami Zakaria bin Yahya bin Shalih Al Mishri telah menceritakan kepada kami Al Mufadlal iaitu Ibnu Fadlalah dari ‘Ayyasy  iaitu Ibnu ‘Ayyasy Al Qitbani  dari Abdullah bin Yazid Abu Abdurrahman Al Hubuli dari Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

“Seorang yang mati syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang.”

(HR Muslim No: 1886) Status: Hadis Sahih

 

🔴 Pengajaran 🔴

 

Orang yang mati syahid diberikan keistimewaan dengan diampuni segala dosa-dosanya kecuali dosa berhutang.

 

Menjadi kewajipan setiap orang yang berhutang untuk menjelaskan hutangnya mengikut perjanjian dan waktu yang dipersetujui.

 

Jangan sampai hutang di dunia terpaksa dibayar dengan pahala ibadat kepada orang yang kita berhutang.

 

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ

 

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pahala di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah No: 2414) Status: Hadis Sahih

 

Sungguh berat hutang antara manusia dengan manusia hinggakan jika si penghutang mati syahid pada jalan Allah sekalipun, segala dosanya terhapus KECUALI hutang sesama manusia.

Leave a Response