Pulau Jeju Takkan Mengecewakan Anda!

share on:

Pulau Jeju Takkan Mengecewakan Anda!

 

Kini viral di media mengenai percutian ke Pulau Jeju, Korea Selatan. Tidak kurang juga pasangan yang baru mendirikan rumahtangga memilih untuk honey moon di sana.

Ramai tertanya-tanya apa yang menarik mengenai Pulau Jeju. Di sini kami kongsikan beberapa keistimewaan yang pasti mengujakan anda sekeluarga.

 

  • Tidak Perlu Penerbangan Transit

Sarikat Penerbangan AirAsia adalah salah satu syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan penerbangan secara terus dari Kuala Lumpur ke Jeju tanpa transit. Hal ini sangat memudahkan perjalanan anda sekeluarga terutama anda yang pergi bersama anak kecil.

 

  • Persekitaran Yang Cantik dan Tenang

Umum mengetahui Pulau Jeju mempunyai suasana yang indah dan menenangkan. Anda akan dapati tiada sampah di sepanjang jalan. Suasana ini sangat sesuai bagi anda yang memilih untuk menenagkan fikiran bersama pasangan dan anak-anak. Ia pasti tidak akan mengecewakan anda sekeluarga.

 

  • Pelbagai Tempat Menarik Untuk Dikunjungi

Selain udara yang naman dan persekitaran yang bersih, anda juga mempunyai pelbagai destinasi menarik untuk dilawati. Antara destinasi wajib anda kunjungi ialah:

  1. Muzium Teddy Bear – Jika anda bekunjung ke tempat ini. Anda diibaratkan berada di dunia Teddy Bear. Banyak boneka Teddy Bear dengan gambaran cerita dan kisah tersendiri dipamerkan. Kepada peminat Teddy Bear, anda pasti teruja berada disini.
  2. Seongsan Sunrise Peak – Seongsan Sunrise Peak berada di hujung Pulau Jeju. Ia merupakan kawah berupa daratan luar yang terbentuk akibat gunung berapi. Untuk melihatnya, anda perlu mendaki bukit terlebih dahulu manakala untuk tiba di puncak, anda mestilah menaiki 500 anak tangga. Ia agak memenatkan tetapi bagi anda yang gemar aktiviti lasak, nah silakan ke sini!
  3. The Ma Park – Jika anda pernah menonton drama perang korea, pasti anda pernah melihat pejuang berkuda yang memanah sambil mengayunkan pedang. Ok, iniah tempatnya. Jika anda kesini, anda berpeluang melihat aksi tersebut di depan mata anda.
  4. Muzium Haenyeo – Pelbagai kisah hebat dipamerkan di muzium ini termasuk kisah perenang hebat wanita Korea Selatan.

 

  • Menikmati Hasil Tanaman Yang Segar

Tangerine Farm semestinya menjadi tumpuan pelancong kerana disana, anda bakal menikmati buah oren yang sedap dengan harga yang berpatutan. Anda boleh memetik sendiri buah dengan bakul yang disediakan. Pasti ia satu pengalaman menyeronokkan.

 

  • Kemudahan Untuk Pelancong Beragama Islam

Antara soalan utama yang diajukan jika ingin memilih destinasi pelancongan semestinya mengenai makanan halal dan juga kemudahan beribadah. Jika anda ke Pulau Jeju, anda tidak perlu risau terhadap perkara ini kerana semua kemudahan disediakan dengan cukup selesa. Anda boleh menkmati makanan halal di restoran sekitar Jeju manakala ruang solat turut disediakan di sekitar tempat tumpuan pelancong dan juga di hotel-hotel.

 

Jadi, apa tunggu lagi. Jom melancng ke Jeju. Rasai keindahan alam yang pasti membuat anda teruja!

 

 

Leave a Response