Resepi Chicken Lemon Lazat

share on:

Resepi Chicken Lemon Lazat

Anda gemarkan menu Chicken Lemon tetapi agak sukar untuk mendapatkannya di kedai-kedai berdekatan ataupun harganya yang agak tinggi menyebabkan hasrat anda untuk merasainya terbantut. Jadi, apa kata anda cuba resipi mudah ini. Masak sendiri asti ada kepuasan yang tersendiri.

 

Bahan-bahan adalah seperti berikut:

Bahan A

  • Isi ayam
  • Serbuk goreng ayam bestari
  • Sebiji telur

Bahan B

  • Satu biji lemon (Separuh dihiris nipis untuk hiasan manakala separuh lagi dibelah untuk diperah ke dalam kuah masakan nanti).
  • Satu biji tomato (Separuh dihiris nipis untuk hiasan manakala separuh lagi dipotong dadu untuk dimasukkan ke dalam kuah masakan nanti).
  • Cili padi (Potong halus)
  • Garam
  • Gula
  • Tepung jagung
  • Serbuk kunyit

 

Cara memasak:

  • Potong isi ayam kepada potongan kecil dan celupkan dalam telur. Seterusnya gaul dengan tepung goreng dan gerong di dalam minyak panas. Goreng sehingga isi masak dan toskan.
  • Kemudian ambi sedikit minyak menggoreng tadi untuk tumis bahan kuah
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis cii padi dan juga tomato yang telah dipotong dadu.
  • Bila tumisan berubah warna, masukkan sedikit air, secubit garam dan gula.
  • Kemudian perahkan lemon. Buang biji terlebih dahulu ye.
  • Tambah sedikit serbuk kunyit untuk menjadikan warna sedikit kekuningan.
  • Masukkan tepung jagung yang sudah dikacau dengan sedikit air ke dalam kuah.
  • Kacau sebati, biarkan seketika dan boleh diangkat.
  • Kuah sudah boleh dicampur dengan ayam goreng tadi. Hias bahagian tepi dengan lemon dan tomato yang sudah dipotong nipis tadi. Selamat mencuba. J

 

Leave a Response