Resepi Puding Roti Enak!

share on:

Resepi Puding Roti Enak!

  • 5 keping roti (dicarik-carikkan begitu aje pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit kismis (tak letak pun tidak mengapa)
  • Secubit garam
  • Sedikit serbuk kayu manis
  • 2 keping cheese (suami saya suka letak cheese, takde pun tak apa)

Cara penyediaan:

  • Panaskan susu seketika, masukkan cheese, mentega, garam dan gula. Angkat bila hampir mendidih dan sejukkan seketika.
  • Apabila sudah sejuk, masukkan roti yang sudah dicarik hingga terendam keseluruhan, kemudian masukkan telur. Kacau rata.
  • Seterusnya tambah esen vanilla. Proses akhir, masukkan kismis dan serbuk kulit kayu manis.
  • Tuangkan ke dalam Loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.
  • Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.

Leave a Response