Kelebihan Memasak Sendiri Yang Seringkali Diabaikan

share on:

Kelebihan Memasak Sendiri Yang Seringkali Diabaikan

Assalamualaikum. Admin sangat suka menulis mengenai masakan dan mengajak kawan-kawan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan memakan makanan yang dimasak dengan air tangan sendiri. Banyak kelebihan yang bakal diperoleh sekiranya anda mengamalkannya.

 

  • Kebersihan Terjamin

Sekiranya anda memasak sendiri, pastinya kebersihan akan terjamin. Anda sendiri yang memainkan peranan membersih dan menyimpan semua bahan dengan begitu terjaga. Sekiranya anda membeli atau makan di restoran, semestinya tahap kebersihan tidak sama sebagaimana di rumah. Kebiasaannya restoran tidak membasuh bahan masakan dengan sempurna kerana mengejar order yang berterusan dan sebagainya. Saya tidak tujuan kepada semua kedai, tapi segelintir darinya. Sekali sekala untuk singgah bersama keluarga di restoran tidak mengapa, akan tetapi elakkan ia menjadi rutin harian dan ajar keluarga anda untuk makan masakan di rumah.

 

  • Baik Untuk Kesihatan

Aspek kesihatan sangat penting untuk di titikberatkan dan makanan merupakan fakor utama bagi menjami tubuh badan anda kekal sihat. Di samping itu, ia juga memberi kesan kepada fungi otak terutama anak-anak yang masih belajar. Sebagai seorang ibu, semestinya anda mempunyai sukatan tertentu untuk memastikan kesihatan keluarga terjamin. Jika memasak sendiri, anda yang menentukan segala-galanya. Sekiranya anda mekan di luar, pelbagai penambah perisa yang tidak baik untuk kesihatan dimasukkan tanpa diketahui. Jadi, mulakan gaya hidup sihat dari rumah. Masaklah makanan yang berkhasiat untuk keluarga anda.

 

  • Menjimatkan

Bagi anda yang tidak mempunyai masalah keangan, mungkin perkara ini tidak menjadi satu kebimbangan. Namun bagi mereka yang berpendapatan sederhana, hal ini sangat memberikesan dalam keluarga ditambah pula perlu menyara anak yang ramai. Jadi, langkah untuk masak sendiri dan membawa bekal sangat membantu. Sekiranya anda membeli seekor ayam, ia boleh dimakan dalam masa seminggu tetapi jika anda ke kedai, harga dua pinggan nasi kadangkala sudah menyamai harga seekor ayam. Jimat bukan? Lebih baik uit tersebut disimpan untuk perkara yang lebih penting Jom berjimat mulai sekarang!

 

  • Mengeratkan Kasih Sayang Dalam Keluarga

Kesan keempat inilah yang sangat bagus dalam sesebuah keluarga bahagia. Air tangan ibu mampu mengeratkan hubungan kasih saying dalam keluarga. Apa tidaknya, anda boleh berbual mesra semasa menikmati juadah bersama suami dan anak-anak. Kadagkala, masa yang suntuk selepas seharian bekerja menyebabkan ibu bapa kurang memberi perhatian kepada anak-anak. Jadi, gunakan masa makan di rumah sebaiknya. Bahagia kini milik anda! J

 

  • Boleh Menjadi Sumber Pendapatan Sampingan

Sekiranya anda suka memasak sendiri dan sudah mahir untuk menyediakan masakan dengan pantas, apa kata anda gunakan kelebihan ini untuk menambah pendapatan. Tidak perlu kepada juadah berat, cukuplah mula dengan makanan yang mudah dan ringkas sahaja. Rakan-rakan sekerja pastinya berminat untuk menempah jika mereka mula terpaut dengan keenakan makanan jualan anda. Untung bukan? Selamat mencuba!

Leave a Response