7 Tips Dapatkan Harga Tiket Murah AirAsia

share on:

7 Tips Dapatkan Harga Tiket Murah AirAsia

 

  • Rancang Perjalanan Seawal Mungkin

Sebelum anda berfikir untuk mendapatkan tiket yang murah, rancanglah daluhu perjalanan anda. Kenal pasti destinasi yang ingin dituju supaya anda tidak melakukan keputusan tergesa-gesa semasa membeli tiket. Sediakan semua maklumat seperti no kad pengealan dan butiran yang diperlukan terutama jika anda ingin membeli tiket untuk perjalanan berkumpulan / keluarga.

 

  • Beli Tiket di Awal Pagi

Tahukah anda, antara tips mudah untuk mendapatkan tiket murah adalah dengan membuat pembelian di awal pagi. Waktu tu, tak ramai lagi online jadi peluang untuk anda cerah. Mengantuk untuk bangun 3 pagi? Anda juga yang rugi. So, terpulang.. Hehe

 

  • Jangang Refresh

Arahan ini ditujukan sekiranya anda dihantar ke ‘Waiting Room’. Jangan sesekali menekan ‘refresh’ kerana ia melambatkan lagi proses anda.

 

  • Buka Satu Tab Sahaja

Semasa melakukan pembelian, anda sebolehnya hanya membuka satu tab sahaja. Elakkan membuka banyak tab dalam satu semasa untuk melancarkan proses pembelian tiket. Ia juga antara faktor anda dihantar ke ‘Waiting Room’.

 

  • Daftar Sebagai Subscriber AirAsia

Anda akan mendapat info-info terkini secara cepat jika anda berdaftar sebagai ahli AirAsia. Selain itu, anda akan mendapat point dengan melakukan pembelian dan ia boleh di tukar kepada tiket jika jika anda mempunyai banyak poind dan layak mendapat tiket percuma.

 

  • Pilih Waktu Penerbangan Yang Tepat

Antara waktu penerbangan yang menawarkan harga tiket murah ialah hari bekerja. Cuba anda bezakan harga hari biasa dan hari hujung minggu. Pasti terdapat banyak perbezaan harga.

 

  • Elakkan Membeli Tiket di Kaunter

Hal ini kerana harga akan sedikit tinggi kerana anda dikenakan caj pemprosesan. Jadi, elakkan membazir dengan membeli tiket di kaunter. Belilah sendiri, wang anda akan selamat.

Leave a Response