Kunjungi 5 Resort Atas Air Ini Jika Ingin Suasana Romantis Untuk Honey Moon

share on:
  1. Pom Pom Island Resort and Spa

Resort ini terletak di Laut Sulawesi. Untuk sampai ke resort ini, anda akan perlu menaiki bot yang mengambil masa kira-ira 45 minit untuk tiba. Pelbagai aktiviti disediakan jika anda berkunjung ke resort ini. Pemandangan yang cantik dan tenang mampu menghasilkan percutian teridah buat anda dan pasangan.

 

  1. Avani Hotels Sepang

Jika anda inginkan harga yang berpatutan, Avani Hotels boleh disenaraikan dalam list anda. Anda mampu memperoleh harga bajet di sini. Keunikan reka bentuknya yang memiliki balkoni indah mampu menenangkan fikiran anda. Percayalah!

 

  1. Avillion Port Dickson

Avillion merupakan salah satu resort yang berkonsepkan perkampungan nelayan. Anda mampu menikmati masa rehat dan bersama pasangan yang berkualiti dengan senibina berkonsepkan tradisional di sana. Menariknya, anda boleh menikmati aktiviti kapal luncur, berkayak dan lain-lain di Avillion. Selain itu, kemudahan serba canggih juga disediakan.

 

  1. Mabul Water Bungalows

Kejernihan air Pulau Mabul terbukti selepas dianugerahkan sebagai salah satu ‘the best dive bases in the world’. Mabul Water Bungalows yang terletak di Sabah ini mempunyai dekorasi gaya oden yang cukup memukau. Bagi para wanita, pastinya anda menyukai tempat ini kerana ia juga turut menyediakan perkhidmatan spa.

 

  1. Berjaya Langkawi Island Resort

Resort ini bertempat di celahan hutan tropika. Anda akan menikmatai keindahan alam semulajadi dengan lebih dekat jika menginap di sini. Bagi anda yang mempunyai anak kecil, Underwater World Langkawi dan Muzeum 3D pastinya meghiburkan mereka.

Leave a Response