Resipi Donut Gebu Untuk Hidangan Ramai  

share on:

Resipi Donut Gebu Untuk Hidangan Ramai

 

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan air suam
  • 2paket yis mauripan
  • 5sudu makan gula
  • 5sudu makan susu pekat

Campurkan dalam satu bekas. Kacau untuk sebatikan dan biar kembang.

  • 1kg tepung gandum
  • 5sudu makan marjerin
  • 4sudu teh baking powder
  • 2sudu teh garam

 

Sementara tunggu larutan yis kembang, sediakan bahan2 diatas dan gaul sebati.

Masukkan larutan yis yang telah kembang tadi ke dalam tepung.uli dalam 5-10 minit hingga kulit doh licin dan cantik. Tak nak uli pun xpe. tapi nak lagi gebu, ulilah sekejap
Tutup doh dan biarkan selama 30minit.

 

Bila doh sudah mengembang 2x ganda, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.

 

Bila dah siap terap, bolehlah panaskan kuali dan goreng dengan minyak banyak dan api perlahan. Kalau nak buat frozen, goreng sekejap je untuk matikan yis. Bila warna nampk kuning sikit, angkat dan sejukkan atas dulang.

 

Taburkan tepung sikit atas dan bawah doh, canai dan terap guna acuan.

 

Kredit: RESIPI PALING SEDAP

Leave a Response