share on:

 

  1. Kebersihan Diri

Masalah ini sering dialami kaum wanita apabila hanya menunaikan solat tanpa memastikan kebersihan badan. Ramai yang mengalami keputihan namun hanya membiarkan dirinya solat tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Ketahuilah, keputihan membatalkan solat, jadi bersihkanlah terlebih dahulu sebelum anda menunaikan solat.

 

  1. Kebersihan Pakaian

Masalah ini terjadi kepada kaum lelaki dan wanita. Aspek kebersihan kadangkala diabaikan. Contoh mudah ialah mencampurkan pakaian yang mempunyai najis ke dalam mesin basuh tanpa dibilas terlebih dahulu dan menyebabkan kotoran masih belum hilang. Jadi, bilaslah dan pastikan najis yang terdapat pakaian anda sudah hilang sebelum dimasukkan ke dalam mesin. Bagi perempuan pula, ramai yang memakai pakaian yang labih sehingga mencecah tanah. Awas! Kadang-kadang anda tidak menyedari mungkin ada kotoran najis yang melekat pada labuhan kain anda. Jadi, bersederhanalah dalam berpakaian supaya ia memudahkan urusan solat anda.

 

  1. Make-up Yang Tidak Dicucikan

Masalah ini semestinya berlaku kepada kaum wanita yang selalu mengenakan make-up yang tebal. Mengambil wudhu tanpa memastikan semua make-up sudah hilang boleh membatalkan wudhu. Jadi pastikan muka anda bersih dan air boleh mengalir ke kawasan wudhu dengan rata.

 

  1. Terbuka Aurat Walaupun Sedikit

Hal ini sering terjadi kepada kaum wanita terutama apabila mengenakan pakaian solat yang disediakan di pasaraya. Kadangkala, telekung yang disediakan agak longgar, menyebabkan rambut keluar walaupun sedikit. Jadi, berhati-hatilah dan pastikan aurat anda tertutup sebaiknya sebelum solat.

 

Semoga perkara mudah yang seringkali diabaikan ini tidak diambil mudah oleh semua umat Islam terutama buat para wanita. Sesungguhnya solat tiang agama.

Leave a Response