10 Persiapan Penting Jika Anda Mahu Menjadi Backpacker

share on:

Biasanya anak muda memilih untuk melancong secara backpacker bersama kawan-kawan. Jadi, apa kata anda baca dahulu tips dan persiapan penting berikut supaya perjalanan anda lebih teratur.

 

  1. Rancang destinasi yang ingin dituju sebaiknya

Tentukan terlebih dahulu tempat yang ingin anda lawati. Kebiasaannya, ia mengambil masa 1 tahun hingga 6 bulan sebelum hari perjalanan. Dengan cara ini, anda memiliki banyak masa untuk melakukan persiapan.

 

  1. Senaraikan aktiviti yang ingin diadakan sepanjang bercuti

Buatlah senarai aktiviti yang anda ingin lakukan setibanya di tempat pelancongan. Adakah anda sekadar ingin mempelajari budayanya, sekadar ingin berjalan-jalan, mengikuti program pertukaran pelajar, berbelanja, dan sebagainya. Segalanya mestilah dirancang dengan begitu teliti supaya masa yang ada digunakan sebaik mungkin.

 

  1. Mencari maklumat tempat yang ingin dituju

Lakukan survey yang mendalam mengenai tempat-tempat yang bakal dilawati. Kebiasaannya, para backpackers akan membuat sedikit kajian mengenai budaya, cara hidup masyarakatnya, makanan, periha matawang, bahasa yang digunakan, keadaan politik, keamanan serta keselamatan, dan sebagainya. Jika anda sudah mengetahui serba sedikit maklumat ini, ia akan membantu anda untuk mengenali tempat yang bakal diziarahi dengan lebih mendalam. Maka, kajilah terlebih dahulu!

 

  1. Persiapan kelengkapan penerbangan

Antara persiapan penerbangan yang utama ialah passport. Seterusnya, ambil tahu sistem yang digunapakai negara yang bakal dituju, adakah memerlukan visa atau surat-surat lainnya atau tidak. Semua ini perlu disediakan awal kerana urusan ini memerlukan sedikit masa untuk disiapkan. Jika berlaku sebarang kesilapan, anda masih mempunyai masa untuk memperbaiki.

 

  1. Teliti keadaan cuaca

Hal ini anatara perkara yang seringkali diabaikan para pelanong. Tahukah anda, keadaan cuaca antara perkara penting yang perlu anda berikan perhatian supaya anda boleh menyediakan kelengkapan melancong yang sesuai sebelum bertolak terutamanya jika anda inging berkunjung ke negara empat musim. Sekiranya cuaca dalam keadaan musim sejuk, anda mestilah menyediakan pakaian tebal dan sebagainya. Begitulah juga sebaliknya. Jika hal ini diabaikan, anda mungkin tidak dapat menjalani aktivi yang telah dirancang sebaiknya. Jadi, ambil tahu keadaan cuaca ye!

 

  1. Persiapan penginapan

Tetapkan terus penginapan yang ingin didiami selama anda melancong. Bukan itu sahaja, anda juga mesti mengambil kira pengangkutan, jarak penginapan dengan kawasan yang ingin dilawati, saluran telekomunikasi yang digunakan dan sebagainya. Jika ia sudah selesai awal, anda bakal menikmati percutin dengan tenang!

 

  1. Bajet

 

Kira anggaran bajet yang akan digunakan sepanjang percutian secara terperinci. Jangan lupa, buat dana anggaran dan juga plan dana kecemasan sebagai persediaan jika berlaku situasi yang tidak diingini.

 

  1. Kenalpasti barang yang perlu dibawa

 

Backpackers tidak membawa barang yang berlebihan. Apa yang terlalu penting sahaja akan dibawa. Tapi iingat, bukan baju sahaja yang penting ye. Selain itu, bawalah secukupnya keperluan lain seperti peta tempat yang dituju, alat komunikasi, tripod, perlengkapan mandi, kamera, buku catatan/ bacaan, alat tulis, peralatan ibadah, dan sebagainya. Jangan lupa, perhatikan jumlah kapasiti muatan yang diizinkan oleh semasa penerbangan. Anda juga boleh erkongsi peralatan lain dengan kawan-kawan. Jadi, berbincang dan bahagikan tugas masing-masing sebaiknya.

 

  1. Pastikan tubuh badan anda sihat

 

Pastikan kesihatan tubuh badan dalam keadaan baik sbelum berangkat. Jaga rutin makan minum anda dan dapatkan rehat yang cukup. Jika tempat yang dijutu agak mencabar, anda boleh menyiapkan tubuh anda dengan persiapan fizikal seperti olahraga dan sebagainya.

 

  1. Bawa peti kecemasan

Maksd disini bukan supaya anda memkul kotak peti kecemasan yang berat tetapi sekadar mengingatkan supaya ubat-ubatan juga dibawa bersama. Jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini, sekurang-kurangnya anda sudah bersedia dengan rawatan sendiri. Belajarlah serba sedikit cara merawat yang betul sebelum berangkat.

 

Kesimpulan

 

Jadi, inilah antara perkara paling utama yang perlu diperhatikan sebelum anda melancong sebagai backpackers. Semoga artikel ini membantu persiapan anda. Selamat bercuti!

Leave a Response