Sarapan Pagi Mudah

share on:

Anda seorang ibu bekerjaya? Punya masa yang suntuk untuk sediakan sarapan pagi anak-anak dan suami? Atau anda baru sahaja belajar untuk mula memasak sarapan sendiri tanpa membelinya di kedai tapi buntu juadah yang mudah untuk disediakan sebelum ke tempat kerja? Jangan risau. Kami ada solusi untuk situasi anda. Cuba 5 resipi mudah dan pantas berikut.

 

  1. Egg and Bread Toast Cheese

Resipi ini paling ringkas. Bahan yang diperlukan hanyalah :-

  • Sekeping roti
  • Sebiji telur
  • Secubit garam
  • Pepper
  • Cheese (tak letak pun tak apa)

 

Anda boleh mencipta pelbagai bentuk ditengah roti (boleh juga buang tengah roti atau hanya lenyekkan menggunakan sudu) dan pecahkan telur dibahagian tersebut.

 

Tabur sedikit garam, pepper dan cheese. Seterusnya bakar di dalam oven dengan suhu 180◦ selama 15-20 minit. Siap untuk dihidang.

 

 

  1. Cheese Roll Sausage

 

Bahan-bahan:-

– Roti
– Cheese
– Sausage
– Telur
– Ladah hitam
– Susu cair
– Garam
– Butter

 

Letakkan kepingan cheese di atas roti dan gulung bersama sausage yang telah direbus (boleh cucuk dengan lidi untuk kemaskan gulungan roti).

 

Seterusnya pecahkan telur dalam bekas berasingan dan taburkan serbuk lada hitam, garam dan sedikit susu cair.

 

Celup roti tadi ke dalam telur dan bakar dengan butter yang telah cair di atas kuali. Boleh digaul dengan serbuk roti untuk rasa dan rupa yang lebih menarik. Selamat mencuba.

 

 

  1. Egg Salad Wrap

 

  1. Telur
  2. Mayonnaise
  3. Thousand Island
  4. Lada putih
  5. Garam
  6. Salad
  7. Wraps

 

Pecahkan telur, masukkan lada sulah dan sedikit garam. Goreng telur mennjadi hancur dan letakkan diatas daun salad yang sudah diletakkan di atas wrap selepas telur sudah masak.

 

Tambah bersama thousand island dan mayonnaise. Gulung kemas dan cantic wrap tersebut dan siap untuk dijadikan bekal. Mudah kan?

 

 

  1. Lempeng Tepung

 

2 Cawan tepung gandum

1 Biji telur

2 Cawan air

Garam

 

Bancuh dan kacau sebati semua bahan dalam satu mangkuk. Pastikan adunan sedikit cair jika mahukan lempeng nipis.

 

Api pan dipanaskan menggunakan api kecil sahaja kemudian tuang dan ratakan dengan angkat pan dan sengetkan ke kanan ke kiri supaya lempeng nipis je.

 

Lempeng boleh dibalik jika bahagian tepi sudah terangkat dan kering sendiri. Kemudian angkat dan siap untuk dimakan. Boleh titiskan sedikit madu di atas lempeng untuk menambah perisa.

 

 

  1. Telur Masak Separuh.

 

Saya percaya, inilah resipi paling mudah namun jangan disangka semua mampu menghasilkan telur masak separuh yang sempurna. Jika tidak tahu cara, ia boleh jadi tidak masak atau terlalu masak. Jadi bagaimana hendak memastikan ianya sesuai untuk dimakan.

 

Mula-mula didihkan air di dalam periuk kecil di atas dapur api. Kuantiti air agak-agak telur boleh terendam sepenuhnya. Setelah air betul-betul mendidih, matikan api dan masukkan telur (2 hingga 4 biji telur).

 

Mulakan kiraan dengan stopwatch. Boleh guna timer, jam atau apps stopwatch di handphone masing-masing. Biarkan rendaman telur selama 7 minit. (Nota : Maksimum 8 minit)

 

Setelah 7 minit, angkat dan buang air panas tersebut. Gantikan dengan air sejuk dan biarkan selama lebih kurang 1 minit untuk sejukkan telur (menghentikan proses telur masak).

Telur sudah sedia untuk dihidang. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan tambahan sedikit garam, lada sulah mahupun kicap. Senang kan? Jom buat sekarang. J

 

Leave a Response